Rabu, 1 Julai 2015

PENGENALAN 

Hepatitis B merupakan sejenis penyakit hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis B (HBV). Virus Hepatitis B boleh mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Ia berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan lain daripada individu yang dijangkiti Hepatitis B. Transmisi virus berlaku melalui hubungan seks,berkongsi jarum picagari,atau daripada ibu kepada bayi ketika lahir. Hepatitis B terbahagi kepada 2 fasa jangkitan iaitu fasa akut dan fasa kronik. Terdapat 90-95% individu yang terinfeksi mampu melawan virus ini dan infeksinya tidak memasuki fasa kronik.

GOLONGAN BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN

  • Individu yang menjalani hubungan seksual dengan pesakit.
  • Individu yang kerap bertukar pasangan secara homoseksual.
  • Individu yang berkongsi jarum suntikan.
  • Individu yang menjalani proses transfusi darah daripada produk yang terinfeksi.
  • Individu yang menjalani dialisis.
  • Bayi daripada ibu yang terinfeksi.


CARA TRANSMISI

  • Darah
  • Membran mukosa yang terdedah (mulut, organ genital, rektum)
  • Air mani dan saliva yang mengandungi darah

SIMPTOM-SIMPTOM HEPATITIS B


  • Kehilangan selera untuk makan.
  • Fatigue.
  • Nausea dan muntah.
  • Kegatalan pada badan.
  • Sakit di bahagian abdomen.
  • Jaundis.
  • Warna urin gelap.
  • Warna feses pucat.

RAWATAN

  • Cara terbaik untuk mencegah Hepatitis B adalah dengan mendapatkan vaksin.

KESIMPULAN

Simptom yang ditunjukkan adalah sama seperti Jangkitan Hepatitis A dan C. Namun begitu, Fulminant hepatitis merupakan salah satu bentuk peringkat akut jangkitan Hepatitis B yang boleh menyebabkan gangguan mental, lethargy, jaundis dan pembengkakkan pada bahagian abdomen. Nausea dan muntah berpanjangan boleh menyebabkan dehidrasi.
Jangkitan hepatitis B boleh menyebabkan kesan kerosakan sel hepar yang teruk sehingga boleh mnyebabkan sirosis dan kanser hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan